#
Adat Perpatih
Baiklah hari ini saya akan menceritakan serba sedikit
tentang adat yang ada di Negeri Sembilan.
Walau pun saya berasal dari Negeri Sembilan tetapi keluarga saya tidak
mengamalkan adat ini.
Adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning
oleh orang Minangkabau. Adat ini telah
dibawa masuk oleh orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang, Sumatera ke
Negeri Sembilan pada abad ke-17.
Adat
Perpatih diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Sumatera.
Adat ini dikatakan lebih mengutamakan golongan wanita. Ada yang tertanya-tanya sebab mengutamakan
golongan wanita? Antara sebabnya ialah pada zaman dahulu golongan ini sering
kali ditinggalkan oleh lelaki yang keluar mengembara ke hutan. Oleh itu, harta akan ditinggalkan kepada
keluarganya sebagai nafkah.
Undang-undang yang diamalkan dalam adat ini bersifat
pemulihan. Undang-undang juga tidak
disimpan atau dimaktubkan dalam bentuk rekod bertulis tetapi bebentuk bidalan,
peribahasa, pantun dan sebagainya. Dari
segi sifatnya, undang-undang jenayah yang telah dilakukan oleh seseorang akan
dikenakan dikenakan denda mengikut kesalahannya. Sebagai contoh, jika seseorang telah mencuri
buah mangga jirannya, dia perlu menggantikan dengan jumlah buah yang sama.
Selain itu, pemilihan pemimpin dalam pentadbiran
dilakukan secara demokrasi. Hal ini
demikian kerana pemimpin akan dilantik daripada bawah dan mengikut kata
majoriti. Dalam pentadbiran di negeri Sembilan terdapat Buapak, Lembaga, Undang
dan Yang Dipertuan Besar. Pemilihan Buapak dilakukan oleh orang ramai, Lembaga
akan dipilih oleh Buapak, Undang dilantik oleh Lembaga dan Yang Dipertuan Besar
akan dilantik oleh Undang.
Pada pendapat saya adat perpatih ini merupakan adat yang
mementingkan atau mengutamakan masyarakat.
Hal ini demikian kerana adat ini dilihat mempunyai pendekatan yang dekat
dengan masyarakat. Sebagai contoh,
mengutamakan golongan wanita yang pada saya golongan yang lemah.
No comments:
Post a Comment