#
Jom Belajar Dialek Negeri Sembilan.
Malaysia
mempunyai pelbagai jenis dialek. Setiap
negeri mempunyai bahasanya yang tersendiri dan kadangkala bahasa yang digunakan
hanya difahami oleh golongan mereka sendiri.
Saya
berasal dari Negeri Sembilan dan mempunyai dialek yang tersendiri. Secara peribadi saya dan keluarga tidak
menggunakan dialek ini di rumah. Kami
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang biasa dan boleh difahami. Perkara ini menyebabkan kadangkala kami
sekeluarga kurang memahami perkataan yang disebut oleh datuk dan nenek.
Pernah
suatu saya dan keluarga pergi beraya ke rumah nenek saudara saya. Bahasa Negeri Sembilan yang dia gunakan amat
pekat dan lenggok percakapannya yang bersahaja dan laju dan kedengaran seperti
kasar.
“Bangang cantik baju ko daro” kata
nenek saudara kepada adik perempuanku.
Maksudnya
Cantik baju yang engkau pakai. (lebih
kurang macam itulah maksudnya)
Bagi
orang luar dari Negeri Sembilan akan merasakan bahasa yang digunakan agak
kasar, tetapi sebenarnya perkara ini menunjukkan pertalian yang rapat antara
keluarga. Kadangkala mereka bercakap
dengan kuat seolah-olah orang yang mereka ingin cakap berada pada jarak yang
jauh.
Sebenarnya
bukan semua orang Negeri Sembilan yang bercakap seperti ini, hanya sebahagian
sahaja. Perkongsian ini berdasarkan
pengalaman saya bersama keluarga.
Baiklah
mari kita belajar sedikit bahasa Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment