#
Hakikat Bahasa
Bahasa
Melayu merupakan bahasa Kebangsaan.
Perkara ini telah termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan
Malaysia. Oleh itu, segala urusan rasmi
perlulah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan.
Sejarah
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah digunakan sebgai lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan
Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China,
India dan Eoropah. Pada zaman tersebut
telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang utama. Oleh itu, kita
seharusnya berbangga dengan bahasa ibunda kita ini dan seterusnya
memartabatkannya.
Tapi
sejak akhir-akhir ini bahasa Melayu menjadi semakin diketepikan. Hal ini demikian kerana kebanyakan anak muda
sekarang banyak menggunakan bahasa rojak iaitu percampuran bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris dalam pertuturan harian mereka.
Perkara ini sedikit sebanyak akan menyebabkan bahasa Melayu semakin
terpinggir.
Lebih
menyedihkan bahasa Melayu seolah-olah menjadi bahasa kedua negara. Perkara ini dapat kita lihat pada hari ini
remaja-remaja terutamanya di bandar-bandar besar kurang menggunakan bahasa
Melayu kerana mereka lebih banyak
menggunakan bahasa Inggeris.
Terdapat
juga rakyat Malaysia yang memang tidak fasih menggunakan bahasa Melayu. Perkara ini terbukti apabila salah seorang
rakan sekelas yang berkongsi pengalamannya berjumpa dengan seorang warga emas
berbangsa Cina yang langsung tidak tahu berbahasa Melayu.
Bagaimana
kita ingin mengekalkan dan memartabatkan bahasa Melayu?
a)
Kita perlu menyanyangi dan menyanjung bahasa Melayu.
b)
Menggunakan bahasa Melayu dalam segala urusan.
(seperti yang dilakukan oleh orang Jepun yang menggunakan bahasa ibunda mereka)
c)
Meneruskan tradisi minggu Bahasa pada peringkat sekolah, universiti dan
kebangsaan.
No comments:
Post a Comment