# Mari Berpantun
Pantun merupakan salah satu puisi Melayu. Pantun mempunyai beberapa baris. Antaranya ialah dua baris, empat baris dan
lapan baris.
Orang Melayu mempunyai pelbagai jenis pantun yang
dianggap salah satu alat berkomunikasi dan perantaraan yang sesuai bagi
menggantikan percakapan biasa. Pantun
sering digunakan dalam upacara-upacara seperti pembukaan dan penutup sesuatu
majlis serta dalam majlis merisik.
Contohnya:
Pergi
memikat burung serindit
Singgah di Lenga membeli lokan
Membawa hajat setinggi langit
Merisik bunga mekar di taman
Membawa hajat setinggi langit
Merisik bunga mekar di taman
Tikar
jerami hampar di laman
Mengulas dulang berisi emping
Bunga kami mekar di taman
Menanti orang datang menyunting
Mengulas dulang berisi emping
Bunga kami mekar di taman
Menanti orang datang menyunting
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara
Dari
Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.
Pantun-pantun ini sering digunakan bagi memeriahkan lagi
sesuatu majlis agar tidak suram. Perkara
ini disebabkan pantun digunakan bagi menarik hati para penonton atau pendengar
agar terus setia. Selain itu, pantun
juga dapat dijadikan petanda bermula atau berakhirnya sesuatu majlis.
Oleh itu, pantun haruslah dikekalkan dan diamalkan oleh
setiap lapisan masyarakat agar pantun-pantun ini tidak hilang ditelan zaman dan
menjadi warisan turun-temurun dalam masyarakat.
No comments:
Post a Comment