# Fungsi Bahasa dalam Masyarakat
Pada hari ini tiada topik yang dapat saya catatkan berdasarkan
pemerhatian saya. Namun begitu, saya
ingin memberikan beberapa pendapat tentang fungsi bahasa dalam masyarakat kita
pada hari ini.
Manusia berkomunikasi menggunakan bahasa. Bahasa merupakan medium atau kemudahan yang
dapat digunakan oleh kita semua untuk menyampaikan idea supaya orang yang
menerima dapat memahami perkara yang ingin kita sampaikan.
Bahasa juga bertindak sebagai satu cara meluahkan atau
mengungkapkan perasaan seperti penggunaan bahasa sastera dalam penulisan sajak,
syair, drama dan sebagainya. Oleh itu,
kita sebagai pelajar perlu memanfaatkan penggunaan bahasa ini dengan
betul.
Seterusnya, menjadikan penggunaan
bahasa ini wadah untuk menyampaikan sesuatu perasaan yang tersirat atua
tersurat.
Bahasa turut bertindak
sebagai cara untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana saya sebagai bakal
guru akan menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajaran kepada anak-anak
murida saya in syaa Allah. Pada saya
penggunaan bahasa yang mudah dapat menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar.
Selain itu, bahasa turut menjadi tempat untuk mengeratkan tali
ukhuwah antara seseorang. Penggunaan bahasa
yang baik dan sopan dapat menjadikan seseorang itu jadi dihormati oleh
masyarakat. hal ini demikian kerana bahasa yang baik akan memupuk jati diri yang
baik.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memartabatkan penggunaan
bahasa Melayu yang merupakan lingua
franca sejak berabad yang lalu. Janganlah merosakkan nilai yang ada dalam
bahasa kita ini. Jangan disebabkan nila
setitik rosak susu sebelanga.