Thursday, March 7, 2013


# Kawan
Kawan…apakah yang dimaksudkan dengan kawan.  Mari kita lihat dalam Kamus Dewan apa yang dimaksudkan dengan kawan .  Menurut kamus Dewan Edisi Keempat “kawan” bermaksud sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari) atau rakan.  Pada pandangan saya, kawan merupakan orang yang akan bersama-sama kita walau apa jua keadaan dan dapat menerima kelebihan dan kekurangan saya.
Saya seorang yang suka berkawan (puji diri sendiri).  Saya merasakan saya memerlukan seorang kawan untuk sama-sama menjalankan aktiviti di mana-mana jua kami berada.  Pada saya rakan yang baik akan turut menarik kita ke jalan kebaikan.
Sebelum melangkah kaki ke universiti saya merasa takut kerana tidak mendapat kawan.  Jadi saya tawakal sahaja untuk terus melangjah dan berdoa agar saya akan mendapat kawan yang baik.  Alhamdulillah sebaik sahaja melangkah ke gerbang universiti saya dapat mengenali ramai kawan yang berasal dari pelbagai negeri.  Rakan serumah saya juga berasal dari negeri yang berbeza, iaitu Pahang, Kedah dan Terengganu.
Perkenalan kami telah menjadikan saya mempelajari pelbagai dialek dari negeri masing-masing.  Saya berasa teruja dan gembira.  Kadangkala, terdapat juga perkataan yang saya kurang fahami dan akan menjadi bahan ketawa kerana saya akan terpinga-pinga kerana tidak memahami perkara yang mereka ucapkan. 
Keadaan ini menyebabkan kami menjadi rapat kerana melalui komunikasi seperti ini kita dapat mengetahui budaya dan cara hidup seseorang.  Walau pun kadangkala kami berbeza pendapat tetapi kami semua akan duduk berbincang dan bersama-sama menyelasaikan permasalahan yang timbul.  Selain itu, saya juga dapat meminta kawan-kawan untuk membantu saya untuk memahami sesuatu perkara yang saya tidak fahami.
Oleh itu, hargailah kawan-kawan kita.  Hal ini demikian kerana tanpa kawan kita akan merasa kekurangan.  Tambahan pula kita berada jauh daripada keluarga dan hanya pada kawanlah tempat kita untuk meluahkan perasaan atau pendapat.
                                                 SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN
                                      TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN

No comments:

Post a Comment