# Bas oh bas
Sejak awal bulan 3 ini perkhidmatan bas di UPSI semakin
baik. Alhamdulillah hal ini telah
memudahkan kami para pelajar untuk pergi ke kelas. Pergerakan bas yang mengikut masa telah
menjadikan kehidupan pelajar lebih baik.
Tiada lagi istilah datang lewat ke kelas dan kejadian berebut bas
sehingga menyebabkan kecederaan. Keadaan
bas yang baik juga tidak lagi mendapat rungutan daripada para pelajar.
Selain itu, tiada lagi kedengaran kata-kata seperti “apalah pak cik bas ni, kita dah lah
lambat boleh lagi nak berborak” dan
“Hei, panasnya bas ni lepas tu tak gerak-gerak lagi ntah apa yang dia
tunggu”. Sememangnya kata-kata ini telah
sebati dalam percakapan para pelajar sebelum ini. Kadangkala, kesabaran kami sebagai pelajar
tercabar dengan permasalahan bas ini.
Bayangkan ada masa kami terpakasa menunggu beberapa jam untuk pulang
selepas kelas.
Segala permasalahan ada penyelesaiannya. Selepas beberapa lama para pelajar terpaksa
berebut bagi mendapatkan bas tidak lagi berlaku pada hari ini dan diharapakan
seterusnya In Shaa Allah. Kegembiraan
para pelajar juga dapat dilihat apabila mendapat menaiki bas yang baru. Saya juga turut merasakan kegembiraan ini
kerana akhirnya tidak lagi perlu berebut bas.
“Wow
bestnya bas ni!”
“Ada
bas double decker lagi”.
Kawanku turut menambah
“Bas dua pintu pun ada.
Senanglah nak naik nanti tak payah nak berebut lagi” sambil tersenyum.
Situasi ini menunjukkan bahawa persekitaran akan memainkan
peranan dalam cara berkomunikasi seseorang.
Sekirannya sesuatu yang tidak memuaskan hati berlaku akan terlahirlah
kata-kata yang tidak sedap didengar dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, kita sebagai pelajar perlulah bijak
menanganni masalah ini. Tidak perlulah
terlalu mengikut perasaan dan bertindaklah dengan kewarasan dan
kecerdikan. Ingatan untuk diri saya
juga.
RENUNG-RENUNGKAN
DAN SELAMAT BERAMAL.
No comments:
Post a Comment