#Pertanyaan Beradab
Masih adakah nilai budi bahasa yang tinggi dalam budaya
masyarakat pada masa ini? Pada pandangan saya, hal ini nilai ini masih
diterapkan dalam masyarakat.
Saya masih teringat tentang cerita yang telah disampaikan
oleh rakan seperjuangan saya tentang seorang lelaki yang masih mempunyai nilai
ketatasusilaan yang tinggi.
Menurut rakan saya ini dia telah didatangi oleh seorang
ingin bertanyakan arah jalan. Berikut
adalah dialog mereka…
Lelaki: “Dik, tumpang tanya boleh saya tahu Dewan Tengku
Omar di mana?”
Kawan: “Dewan Tengku Omar”,kawanku terpinga-terpinga.
Setahu rakanku sepanjang berada di UPSI ini tiada tempat
yang bernama Dewan Tengku Omar.
Kawan: “Bang, setahu saya tiada nama Dewan Tengku Omar di
sini. Mungkin abang mahu ke Kolej Tengku
Omar”.(kawanku memberi panduan kepada lelaki tersebut untuk ke tempat itu).
Lelaki: “O betul la tu, abang terlupa pula”.
“Terima
kasih dik”.
Berdasarkan situasi di atas dapat dilihat bahawa masih ada
lagi nilai budi bahasa yang tinggi dalam kehidupan masyarakat. Sesungguhnya penggunaan bahasa dalam
masyarakat yang diterapkan sejak dahulu akan membentuk peribadi seseorang. Bahasa dengan manusia tidak dapat dipisahkan
kerana dengan adanya bahasa masyarakat dapat bertutur. Selain itu, kita pelajar
yang bakal bergelar seorang guru perlulah menerapkan nilai-nilai seperti ini
agar profesion perguruan akan meningkat dan seterusnya menjadi ikutan para
pelajar.
“BAHASA JIWA BANGSA”
No comments:
Post a Comment