# Terima kasih
Amalan mengucapkan “Terima Kasih” pada
hari ini semakin berkurangan. Ucapan ini
merupakan satu bentuk penghargaan atau sanjungan yang kita berikan kepada
seseorang tanpa perlu mengeluarkan sebarang bentuk wang atau hadiah. Ucapan ini sahaja telah dapat menggembirakan
seseorang yang telah membantu kita dalam apa sahaja perkara sama ada besar atau
kecil.
Tapi kita kadangkala lupa untuk menuturkan ucapan keramat “Terima Kasih” ini.
Beberapa hari yang lepas saya telah berhadapan dengan situasi ini. Saya berada di dalam bas untuk pulang ke
kolej selepas tamat kelas. Tiba-tiba
datang seseorang yang meminta saya menggerakkan kerusi ke hadapan sedikit
dengan muka yang tidak ceria.
“Depan sikit”, mintanya dan
terus ke belakang untuk duduk.
Saya menganggap orang tersebut menghadapi masalah atau
terlupa untuk mengucapkannya.
Pada pendapat saya, jika kita tidak dapat mengucapkan ucapan
ini sekurang-kurangnya berilah sebuah senyuman agar orang yang memberikan
pertolongan merasa sedikit dihargai.
Saya juga sering mengingatkan diri agar tidak lupa untuk memberikan
ucapan “Terima Kasih” ini sekiranya mendapat bantuan atau apa sahaja
yang saya rasakan perlu mengucapkannya.
Emak saya sering berpesan jangan lupa untuk mengucapkan ucapan ini
sekiranya mendapat bantuan dari seseorang.
BUDI BAHASA BUDAYA KITA
No comments:
Post a Comment