# Hari Keluarga 2
Diari kali ini adalah sambungan cerita bagi Hari
Keluarga 1. Seperti yang saya telah
ceritakan semalam bahawa hari keluarga yang telah dianjurkan adalah selama dua
hari. Oleh itu, diari kali ini saya akan
menceritakan tentang peristiwa yang berlaku sepanjang hari keluarga ini
berlangsung.
Kami diminta berkumpul di padang bola jaring pada pukul
8.00 pagi. Acara dimulakan dengan
senamrobik yang diketuai oleh saudara Azhar.
Selepas itu, kami diminta berkumpul di dalam kumpulan. Acara pada hari kedua ini lebih kepada
kemahiran mental dan fizikal peserta, iaitu explorace dan sukaneka.
Acara-acara yang dijalankan ini memerlukan kami
berkomunikasi dengan baik. Hal ini
demikian kerana setiap “checkpoint” atau tempat perhentian memerlukan kami
mengerahkan idea dan memberi pendapat bagi menyelesaikan tugasan. Contohnya kami mendapat tugasan untuk
menyelesaikan teka silang kata kami sentiasa membuat tekaan bagi mendapat
jawapan yang betul.
“Jawapan
ni mesti sungai kot”.
“
Macam pantai pun ada”.
Melalui komunikasi tersebut kami dapat mewujudkan
suasana yang harmoni dan seterusnya mengeratkan silaturrahim antara ahli
pasukan. Selain itu, melalui aktiviti
ini juga saya dapat menanamkan dalam diri sifat sabar kerana kadangkala berlaku
salah faham antara ahli pasukan. Hal ini demikian kerana setiap daripada kita
mempunyai pemikiran yang berbeza.
Gambar-gambar
sekitar Explorace..
Selepas melalui sembilan perhentian dan acara sukaneka,
acara penutup diadakan. Seperti biasa
kumpulan saya tidak mempunyai rezeki untuk menang. Apa-apa pun pengalaman yang ditimba tidak
akan saya lupakan. Tahniah kepada
pemenang. Harap-harap tahun depan
kumpulan saya menang pula
No comments:
Post a Comment