# Perpustakaan
Pagi
tadi saya berkesempatan untuk pergi ke perpustakaan. Saya pergi bersama sahabat saya Norul Ain
untuk menyiapkan kerja Sintaksis. Bak kata
kawan saya masa dah ada dekat kampus inilah baru senang nak ke perpustakaan,
kalau dari kolej macam malas sahaja nak turun.
Selepas
sampai di perpustakaan saya macam biasa akan pergi ke tingkat tiga bahagian
Bahasa. Saya dan kawan memilih kawan
yang tersorok sikit bagi memudahkan kami berbincang. Tapi sebenarnya tidaklah tersorok sangat
kerana masih ada beberapa pelajar yang berada di kawasan tersebut.
Kami
memulakan sesi perbincangan. Pada mulanya
suara kami tidaklah begitu kuat tetapi selepas beberapa minit kami berbincang
tiba-tiba datang seorang pelajar yang menegur kami.
Pelajar: “Tolong
Senyap Sikit.”
Saya dan rakan: “
Maafkan kami.”
Terkejut
kami kerana kami ingatkan suara kami tidaklah sekuat mana sehingga boleh
ditegur. Nada suara yang digunakan oleh
pelajar tersebut membuatkan kami berfikir bahawa pelajar ini baiklah kerana
menegur kita dengan baik walau pun kita te;ah membuat salah.
Rakan: “Baiklah
kakak ini, dia tegur kita dengan baik tak de la nak marah-marah.”
Saya: “Selamat
kita. Nasib baik tak kena marah.”
Pengajaran
yang saya dapat ialah bila di tempat awam seperti di perpustakaan kita
hendaklah menjaga tatatertib seperti tidak berbual dengan nada yang kuat
sehingga boleh mengganggu orang lain.
Selain itu, tertib dalam menegur juga dapat saya pelajari terutamanya
kita sebagai orang timur yang penuh dengan adab dan sopan.
No comments:
Post a Comment