# Kasihnya emak membawa ke syurga.
Ibu merupakan orang perlu kita hormati dan muliakan. Tanpa ibu siapalah kita dan tanpa ibu tidak
dapatlah kita melihat dunia ini.
Tidak berapa lama yang dulu saya ada berbual dengan emak di
kampung.
Saya: Emak makin lama makin susahlah belajar kat sini.
Emak: Kenapa?
Saya: Ntahlah. Rasa tak dapat nak masuk ape yang pensyarah
ajar.
Emak: Mana ada yang senang kat dunia ni, Ika. Ika kenalah terus berusaha untuk faham lepas
tu banyakkan doa. In Syaa Allah apa yang Ika inginkan pasti akan dapat.
Saya: yelah mak. Mak
pun doakan sekali kejayaan ika ya.
Emak: In Shaa Allah mak selalu doakan kejayaan anak-anak
mak.
Saya: Ika sayang mak.
Perbualan di atas menunjukkan penggunaan bahasa diantara ibu
dan anak. Penggunaan bahasa ini
menunjukkan terjalinnya kemesraan di antara ibu dan anak kerana menggunakan bahasa
yang mudah difahami. Walaupun terdapat
kata yang dipendekkan seperti parkataan ‘kat’ untuk ‘dekat’ dan ‘ni’ untuk
‘ini’, tetapi bahasa yang digunakan dapat memudahkan seseorang itu untuk
bertutur. Oleh itu, dapat dilihat bahawa
bahasa memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat kerana melalui
bahasa kita dapat berkomunikasi.
No comments:
Post a Comment